Hi, welcome to my blog ♡
Dugaan Hidup Si Timy
Thursday, 28 July 2011
setiap waktu dan ketika aku sering termenung sendirian . nak dikenangkan kenangan yang lepas memang tak sepatutnya aku buat . tapi aku tak boleh nak melawan perasaan aku sebab ada kalanya aku berasa sunyi . dan itu yang menyebabkan aku selalu sedih dan bersendirian . sering kali aku ingatkan pada diri aku supaya lupakan perkara yang menyakitkan , but i cant ! macam-II dugaan datang menimpa aku . hingga aku tak mampu nak bertahan . bermula dengan kisah aku ketika aku berada di sekolah rendah .
adik , mak nak adik kuat . mak nak adik sabar bila berdepan dengan abang-II adik . mak tahu adik selalu terseksa . tapi mak tak mampu dik nak lindungi adik . mak minta maaf .
aku ingat kata-II mak aku semasa mak aku usap kepala aku . dan seingat aku waktu tu aku baru lepas kena belasah dengan abang aku akibat aku terlepas cakap 'bab*' . aku tak sengaja time tu . abang aku salah paham agaknya . aku tak panggil dia bab* pun . aku tak paham kenapa aku selalu kena pukul , maki , tengking dari abang-II aku . sedangkan kakak-II aku selalu di bela . dulu aku pernah cakap dengan mak aku macam ni .
mak , adik ni betul ke anak mak ? betul ke adik ni darah daging mak ? betul ke dia orang tu abang-II adik ? betul ke adik ni ahli keluarga mak ? mak jujur dengan adik . nape semua orang buat adik ni macam sampah ? nape takde sorang pun nak sayang adik ?
time tu teresak-esak mak aku menangis sebab aku cakap macam tu . sumpah bukan niat aku nak lukakan hati dan perasaan mak . mak , maafkan adik :'(
waktu semakin berputar , hari semakin pantas berlalu . dan kini aku semakin meningkat remaja . banyak kenangan dan onak duri terpaksa aku rempuh . pengalaman yang lalu banyak mengajar aku tentang erti kehidupan yang sebenar . kadangkala aku terfikir kenapa aku dilahirkan ke dunia ? tapi yang pasti ALLAH S.W.T lebih mengetahui .
pada 23.11.2010
jam seawal pukul 7.30 am aku mengemas semua beg dan pakaian aku . dan aku telah tinggalkan secebis nota di bilik tidur mak .
mak , adik nak keluar . adik tak balik rumah lagi lepas nie . adik dah tak tahan lagi dengan abang . adik sakit mak ! sakit sangat bila dia pukul adik . mak tahu tak , itu hadiah hari jadi paling special yang pernah adik dapat seumur hidup adik . badan adik menjadi tempat abang melepaskan kemarahan dia . dan kesan lebam yang ada kat belakang adik takkan pernah adik lupa . terima kasih mak sebab menjaga adik . halalkan makan minum adik . mak jaga diri baik-II . adik sayang mak sangat . maaf adik terpaksa buang no adik . adik taknak mak cari adik . biarkan adik tenang . nanti adik balik jika umur adik masih ada . wasalam
jika boleh aku putarkan masa , takkan aku cuba untuk tinggalkan mak aku . pada saat ini aku mula menyesal . aku terlalu mengikut perasaan , aku lemah dalam menempuh dugaan . akhirnya aku sendiri yang kecundang
2011
malang tak berbau . tu lah pepatah yang layak diberikan untuk aku . saban hari aku berdoa agar aku terhindar daripada melakukan kejahatan . tapi pada kali nie aku terpaksa bersabar kerana cubaan bertubi-tubi yang aku terima . adakalanya aku berasa lemah . aku tak mampu tuk bertahan . aku kecewa teramat sangat . kenapa semua ini berlaku ?
20.07.2011
ayit yang selama ini lenyap dalam hidup aku boleh hadir secara tiba-tiba . kenapa erk ? rupanya dia nak cakap yang aku ni punca dia dengan awek dia bergaduh . tak sangka hanya kerana gambar aku , dia sanggup sakitkan hati aku . sampainya hati dia . selama ni aku hormatkan dia sebagai abang . aku tak pernah sakitkan hati dia . sedangkan dia selalu buat aku sedih . ini lah balasan yang aku dapat kerana berkenalan dengan pakwe orang .
21.07.2011
ada seorang mamat ni tak pasal maki hamun aku . dia hina aku kat dalam fesbuk . dia malukan aku depan semua orang . pada hal hakikatnya aku langsung tak kenal dia . and aku tak tahu dia itu wujud ke tak . tapi kenapa aku ?? dia cakap aku macam-II . ya allah , malunya aku . dia anggap aku ni permpuan yang takda harga diri . sampainya hati dia . aku tak pernah ganggu dia . malangnya nasib aku .
22.07.2011
berkenalan dengan si dia memang membuat aku menyesal sampai mati . tak sangka perkenalan singkat antara aku dan dia memberi kesan yang mendalam . sumpah hati aku terluka . dia dah bagi aku harapan , tapi dia sendiri yang musnahkan harapan itu . bermacam-macam janji dia bagi , tapi semuanya kosong . awek dia datang tuduh aku perempuan murahan . bukan aku yang cari bf dia , dan aku tak pernah rampas bf dia . dia yang cakap dia dah lama single . rupanya dia nak mainkan aku . nasib aku memang selalu malang .
ni msg dia yang baru aku dapat siang tadi .
heyy betina , aku hanya nak mainkan kau jelah . sekarang kau dah kena game , bitch . tak payah nak bajet cantik sangat , jangan ingat aku hadap dengan kau , bye !
yang ni pula msg dari awek dia .
orang macam kau ni bodoh , tunang orang pun kau nak kebas . kesian budak bodoh , yang takde atitude kena mainkan en . dah lah pergi maut sana lah !
dalam masa tiga hari berturut-turut aku menjadi mangsa kebencian orang . aku tak pernah khianati sesiapa .
aku tak suka ganggu orang lain . tapi kenapa aku yang kena ? kenapa aku yang selalu menjadi mangsa ? kenapa mesti aku ??!! aku tak layak hidup ke YA ALLAH ?? lagi dua hari seluruh umat Islam akan berpuasa . di sebabkan itu aku sanggup bersabar dengan apa yang berlaku pada aku . dengan sokongan dari membe-II yang tak pernah putus menyebabkan aku cekalkan hati dan kuatkan diri . semoga aku dapat melanjutkan hari seterusnya dengan senyuman :)
aku mula mempelajari tentang nikmat kehidupan yang sebenar . aku mencuba untuk menjadi yang lebih baik daripada sebelumnya . life must go on . bagi aku memang lumrah kehidupan setiap manusia dibekalkan dengan dugaan dan cabaran . jika tidak sampai bila-II kita tidak matang dalam menempuh onak duri kehidupan . betul tak ? kenangan lalu memberi aku semangat unruk terus berusaha dalam kehidupan . berbekalkan semangat dan dorongan daripada insan yang tersayang menyebabkan aku boleh berdiri di kaki sendiri sekarang ini . aku belajar berdikari , menghargai kawan sejati , hilangkan perasaan dendam dan aku bertekad untuk melanjutkan pelajaran di menara gading . kepada rakan-II , aku mohon ampunkan segala dosa aku . halalkan ilmu yang korang berikan pada aku . tahun ni aku akan menduduki Sijil Pelajaran Malaysia .doakan aku . terima kasih sayang .
p/s : kisah ini memang berlaku dalam hidup aku . anggaplah ini sebagai open diari aku untuk tontonan umum . jadikan ia sebagai tauladan kepada kalian . salam sayang dari timy